Sunday, February 15, 2009

Muhasabah diri

Dua-tiga minggu lepas dalam perjalanan kami sekeluarga pulang ke Kedah dari Kuala Lumpur, banyak kereta melalui lebuhraya utara selatan. Melihat kereta yang tak putus-putus, terfikir betapa selagi nyawa masih dikandung badan, selagi nadi masih berdenyut, manusia sentiasa sibuk ke sana kemari dengan pelbagai urusan yang tidak pernah habis. Memandang ke lebuhraya, ada yang ingin ke utara, ada yang ingin ke selatan. Masing-masing menuju ke destinasi masing-masing. Namun dalam kesibukan tersebut, kita sering lupa bahawa sesungguhnya setiap dari kita dalam perjalanan menuju Allah S.W.T. Walau di mana kita berada, di timur, barat, utara atau selatan, kita semua sedang menuju destinasi yang satu, iaitu menuju kepada Pencipta kita, Allah S.W.T. Setiap detik berlalu, semakin hampir kita dengan Tuhan. Setiap nafas dihela, makin dekat kita dengan penghujung usia. Tiap hari bermula, makin bertambah usia kita dan makin sedikit umur kita bersisa.

Tuhan, andai ku tahu, kapan tiba ajalku, akan kumohon, ambillah nyawaku dalam keadaan ku beriman dan bertaqwa pada-Mu. Ya Rahman Ya Rahim, aku takut akan semua dosa-dosaku, justeru Kau ampunilah kesalahanku. Sesungguhnya ya Allah, hamba-Mu ini terlalu kerdil dan lemah dalam mengharungi kehidupan di dunia yang fana ini... Berilah kekuatan, petunjuk dan hidayah padaku untuk mentaati segala perintah-Mu ya Allah...

Kematian itu pasti.... Lantas, bersedialah wahai diri!

"Wahai orang-orang yang beriman. Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan"
( Al-Hasyr:18)

5 comments:

  1. Salam, kak mas, macam mana boleh mengesan blog saya? Malulah pula.. ;)

    ReplyDelete
  2. Allah yang pertemukan.. Sebenarnya kak mas nak cari maklumat tentang bio-mekanik solat, terjumpa pulak dengan blok salmi.

    Semoga ada kebaikannya, insyaAllah..

    ReplyDelete
  3. Kak mas pun silalah menyebar dakwah melalui laman coretansebuahperjalanan ini...Blog yg salmi bina x sehebat blog2 penulis terkenal..tujuan salmi lebih kepada nak mengajak sahabat2 seusia dan seremaja salmi berfikir disebalik setiap sesuatu dengan pendekatan yg agak santai..salmi masih belum mampu utk berkongsi sesuatu yg lbh berat..sekadar semampunya...Nak aplikasikan "sampaikan kepadaku walau sepotong ayat..."

    ReplyDelete
  4. salam...

    kak mas....rindunya kt akak...:-)

    ingat kat aini?
    kak...mohon skit kata2 semangat dr akak...
    dri ini skarang sedang diuji...

    sehingga rasanya sukar untuk bangun lagi...
    kak...

    ReplyDelete
  5. Aini, semoga dapat menjalankan praktikum dengan baik dan lancar..

    Allah uji kita tandanya Allah ingat pada kita. ALLah sedang berbicara pada kita. Contohnya, biasanya kita sihat, makan lalu, takde apa-apa masalah, tiba-tiba satu hari bangun tidur kita rasa pening, sakit kepala, nak bangun tak larat.. Maknanya Allah sedang ingat pada kita, Allah sedang berbicara dengan kita. Sebab yang datangkan rasa peniing dan sakit tu Adalah Allah..Itu cuma satu contoh yang kecil..

    Bila Allah berbicara dengan kita, sahutlah perbicaraan itu... Mengadu pada Allah, banyakkan berdoa dan dekatkan diri dengan Allah.. Setiap ujian ada hikmahnya...

    Semoga diberi kekuatan di setiap derap langkah..

    Anything, e-mail K Mas personally maslinah78@yahoo.com

    ReplyDelete